Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Shafee Abdul Samad berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 6 petang itu, polis turut menemukan dadah disyaki syabu seberat 1,020 gram yang dianggarkan bernilai RM65,000 daripada lelaki berusia antara 20-50 tahun itu.

Tambahnya, polis turut menyita wang tunai berjumlah RM2,500, sebuah kereta Toyota Camry bernilai RM58,000 dan Toyota Mark X bernilai RM68,000 daripada kumpulan itu.

“Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada pemberita hari ini. - UTUSAN ONLINE