Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua mereka yang berusia 30-an itu ditahan secara berasingan dalam operasi sepanjang empat jam bermula pukul 10 malam.

Katanya, pemeriksaan ke atas kelima-lima lelaki itu mendapati dua daripada mereka memiliki dadah manakala tiga lagi positif dadah jenis morfin dan methaphetamine.

"Pemeriksaan terhadap seorang lelaki yang memandu kereta menemukan 0.5 gram Eramin 5 manakala 0.3 gram Heroin dan 2.72 gram Syabu pula djumpai pada seorang lagi lelaki.

"Kedua-dua lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala tiga lelaki positif dadah disiasat mengikut Seksyen 3 (1) akta sama," katanya.

Menurut beliau, dalam operasi di tiga lokasi di daerah itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki yang dikehendaki mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan. - UTUSAN ONLINE