Semua tertuduh terdiri daripada tiga beradik lelaki iaitu seorang guru, Muhammad Aminruddin Kamal Bashah, 36, Muhammad Nor Adnan Shah, 29, yang merupakan kakitangan sebuah badan berkanun dan Muhmmad Rezal, 39, yang merupakan anggota Maritim Malaysia.

Turut dituduh bersama tiga beradik itu ialah dua beranak, Muhammad Shuhaimi Abdullah, 20, dan bapanya, Abdullah Saat, 56, yang merupakan nelayan pantai.

Menurut kertas pertuduhan, mereka berlima dituduh secara bersama melakukan rompakan bersenjata sepucuk pistol untuk melarikan satu tan metrik sotong di atas sebuah bot nelayan di perairan Rompin pada pukul 3.14 pagi, 24 Oktober lalu.

Pertuduhan terhadap mereka mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd. Nazari dan kelima-lima tertuduh diwakili peguam, Anwar Ab. Raof serta Mohd. Faizal Hiqram Azmi.

Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan nilai jaminan RM8,000 ke atas setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan 5 menetapkan Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE