Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Selangor, Deputi Superintenden Abdul Ghofar Ahmad berkata, kesemua wanita warga asing yang ditahan dalam Op Noda itu berusia antara 22 dan 30 tahun.

Operasi itu diketuai oleh Pegawai D7, Asisten Superintenden Mohd. Uzir Othman bersama dua pegawai dan 10 anggota polis.

“Premis yang beroperasi tanpa lesen itu dipercayai menyediakan aktiviti pelacuran melibatkan wanita warga asing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam serbuan itu juga, polis telah membuat pemeriksaan dokumentasi terhadap 76 wanita berusia antara 18 hingga 51 tahun serta lelaki berusia antara 18 tahun hingga 62 tahun yang dipercayai pengunjung pusat hiburan.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 55 B Akta Imigresen, Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Selangor 1995 (Pindaan 2001), Perkara 39 (b) Peraturan Imigresen.