Tiga lagi yang direman sehingga 17 September ini ialah seorang Renjer Hutan Daerah Jerantut, pemilik dan pengurus sebuah syarikat kontraktor.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman setelah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kelima-lima suspek yang berusia antara 40 hingga 50 tahun itu ditahan di rumah ma­sing-masing dan Pejabat Hutan Jerantut semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) dan Sekyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek diwakili peguam Hon Kai Ping manakala SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Fadly Mohd. Zamri.

Mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan pembalakan haram di daerah berkenaan yang mengakibatkan kerajaan negeri mengalami kerugian berjuta-juta ringgit dalam tempoh lebih dua tahun lalu.

Difahamkan, siasatan berkisar kepada pemberian dan pe­nerimaan rasuah agar tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap kegiatan pembalakan haram di daerah itu antara 2015 hingga tahun ini.