Difahamkan, turut ditahan iaitu seorang orang awam yang turut terlibat.

Menurut sumber, dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 6.11 petang itu, kesemua mereka ditahan dalam sebuah van Balai Polis Bergerak di Pandan indah, dekat sini.

Ujarnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek berusia 30 hingga 34 tahun itu merupakan anggota tugas am yang terlibat dalam sekatan jalan raya di kawasan terbabit.

"Hasil maklumat awam, kita menemukan lima kad pengenalan milik dan tiga lesen kenderaan memandu atas nama individu tidak dikenali.

"Selain itu, kita turut menemukan sepaket dadah jenis syabu seberat 1.06 gram dalam van itu," katanya, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu namun enggan mengulas lanjut memandangkan siasatan dilakukan oleh pihak Bukit Aman. - UTUSAN ONLINE