Majistret Mohd. Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, A. Sivaraj, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Sivaraj didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas Muhamad Khalis Muhamad, 21, di tempat letak kereta di luar bangunan Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (Micost) di Lebuh Ayer Keroh di sini pada pukul 11 malam, 19 September lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mahkamah turut memutuskan tertuduh berdepan hukuman penjara tambahan tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda itu. - UTUSAN ONLINE