Mesin permainan judi yang terdapat di sebuah premis di Plaza Ampang Jaya, Selangor.

Menurut sumber, harga itu ditawarkan oleh orang tengah kepada ahli sindiket sebelum diuruskan kakitangan dalaman pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Malah ada juga ahli sindiket (judi) yang mengambil upah untuk menjadi perantaraan bagi urusan tersebut.

“Sindiket bergerak dalam rangkaian di mana mereka mempunyai tugas dan peranan masing-ma­sing seperti menjaga kongsi gelap (perlindungan), pengurusan kewangan, selain pegawai perhubungan yang khusus membayar wang perlindungan kepada pihak tertentu,” katanya.

Sumber turut mendakwa, berdasarkan syarat lesen tersebut, pusat hiburan keluarga hanya boleh berope­rasi bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam.

“Apabila aduan dilakukan kepada pihak berkuasa, mereka memaklumkan premis tersebut beroperasi dengan lesen.

“Malah ketika dilaporkan kepada PBT mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan, jika benar mereka tiada kuasa untuk membanteras judi, sekurang-kurangnya mereka boleh ambil tindakan beroperasi lebih masa,” ujarnya.

Justeru, sumber mempersoalkan, apakah fungsi lesen tersebut jika tidak dipantau dan mengapa perlu dikeluarkan kalau mereka tidak mempunyai kuasa ke atasnya?