Ketua Pegawai Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Zubir Hamsa berkata, tindakan tegas itu bertujuan menghalang aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat atau pertubuhan di bawah akta tersebut adalah denda tidak lebih dari RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan berikutnya.

"Selain tindakan perundangan, stesen minyak yang didapati me­lakukan kesalahan berkaitan barang kawalan boleh dikenakan tindakan pembatalan lesen jika disa­bitkan kesalahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, pasukan penguatkuasa KPDNHEP negeri ini telah menyerbu sebuah stesen minyak di pekan Mahsan dekat Bahau di Jempol kerana disyaki menjual minyak diesel kepada pihak yang tidak mempunyai kebenaran.