Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan pukul 1 petang di Jalan 5/91, Shamelin Perkasa, Cheras semalam.

“Susulan daripada penahanan lelaki tersebut, kita menemukan semula pelbagai jenis tuala dipercayai dicurinya dalam kejadian yang berlaku pada 23 April lalu.

“Siasatan lanjut mendapati lelaki warga asing itu juga didapati melanggar peraturan Akta Imigresen. Buat masa ini siasatan terperinci masih dilakukan dengan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE