Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, mangsa, Bobit yang bekerja sebagai penoreh getah, berusia dalam lingkungan 30-an meninggal dunia dilokasi kejadian kerana dipercayai ditetak dibeberapa anggota badannya.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd. Izaan Abdullah berkata,

pemeriksaan awal didapati mangsa mempunyai kesan tetakan di leher, perut, muka dan bawah lutut dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam.

Menurutnya, suspek sebelum itu dipercayai bergelut dengan mangsa selepas mendapat tahun mangsa pernah melakukan hubungi intim dengan ibu mertuanya.

“Suspek dipercayai kenalan rapat dan pernah menjadi rakan sekerja mangsa di ladang kelapa sawit selain sering datang ke rumah untuk sesi minum minuman keras.

“Berdasarkan maklumat daripada jiran mangsa, mendapati suspek juga mempunyai hubungan kekasih bersama ibu mentua mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Izaan berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pitas untuk pemeriksaan bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE