Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang semalam, suspek berusia 26 tahun telah masuk ke bilik salah seorang mangsa dalam keadaan beremosi.

Katanya, suspek tidak berpuas hati kerana sering dimarahi majikannya menyebabkan dia tidak mahu bekerja di kilang kayu berkenaan yang terletak di Jalan Pongsu Seribu di sini.

“Suspek kemudian memaksa pengadu dan tiga rakannya supaya tidak pergi bekerja dan memberi amaran akan membunuh mereka sekiranya ingkar," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, suspek ditahan di asrama pekerja kilang dan pemeriksaan lanjut polis menemukan selaras senapang angin dan sebilah parang buatan sendiri, satu bungkusan plastik yang mengandungi bebola besi dan sebotol cecair pelarut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahata 1958 serta Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960," katanya. - UTUSAN ONLINE