Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Seremban, Siti Huzaifah Abdul Talib di Mahkamah Khas Reman di sini pagi ini.

Penahanan reman tersebut membolehkan polis menyiasat lelaki berusia 31 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi semalam, mangsa, Norhaidi Mat Yusop, 40, maut selepas dipercayai ditikam oleh adik lelakinya selepas berlaku pertengkaran di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Kuala Sawah.

Mangsa yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Nyatoh turut dipukul dengan besi penggali tanah di kepala semasa cuba menyelamatkan diri. - UTUSAN ONLINE