Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lelaki Thailand tawar seks parah ditikam

THAILAND-TIKAM

PULAU PINANG 19 Mei - Seorang lelaki warga Thailand cedera parah selepas ditikam dalam kejadian di bilik sebuah hotel terkenal di pusat bandar ini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 malam tadi, mangsa yang berusia 28 tahun dipercayai datang ke negara ini sebagai pelancong dan menawarkan khidmat seks melalui aplikasi We Chat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa dan suspek seorang lelaki Cina tempatan bersetuju untuk bertemu dalam bilik hotel mangsa .

Katanya, selepas mengadakan rundingan, suspek yang tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan bertindak menikam mangsa dan melarikan diri.

“Sebelum itu berlaku pergelutan membabitkan kedua-duanya dan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian perut kiri, belakang badan, tangan , paha dan muka,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu berdasarkan siasatan awal, mangsa yang berasal dari Phuket masuk ke negara ini sebagai pelancong pada 15 Mei lalu dan dijangka pulang dalam masa terdekat.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain