Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kuala Selangor dekat sini petang semalam.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah dan hasil saringan ujian air kencing, positif dadah jenis Methamphetamine.

“Kita sedang mengesan seorang lagi rakan suspek yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 395 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.