Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu, suspek yang berusia 40 tahun membawa sebilah parang panjang dan menjerit ke arah seorang anggota polis wanita yang bertugas di kaunter.

Ujarnya, lelaki berkenaan kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal selepas seorang anggota polis lelaki cuba menahannnya.

“Lelaki yang disyaki mempunyai masalah mental ini telah ditahan di rumahnya di Seberang Jaya kira -kira pukul 9.30 malam tadi dan kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE