Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Siti Mazrah Mohamad membenarkan tempoh reman sehingga 12 Februari ini bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek berusia 37 tahun itu.

Siasatan terhadap lelaki itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Terdahulu, lelaki yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di mahkamah pada pukul 11.15 pagi dan suspek yang diiiringi anggota polis keluar dari bilik reman sejam kemudian.

Akhbar hari ini melaporkan, balai polis Damansara gempar apabila seorang lelaki membawa bersama mayat teman wanitanya di dalam sebuah kereta dipandu menyerah diri kepada pihak polis. -UTUSAN ONLINE