Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, suspek yang bertopeng serta membawa beg galas itu dikatakan menghampiri sebuah kaunter di bank berkenaan sebelum mengeluarkan sebilah parang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, suspek kemudian mengarahkan petugas kaunter memasukkan sejumlah wang ke dalam beg tersebut sebelum keluar melalui pintu hadapan bank berkenaan dan berjalan kaki menuju ke sebuah pusat beli-belah berhampiran.

“Tiada sebarang kecederaan dialami dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Kita menjalankan siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan atas kesalahan merompak,” katanya dalam satu kenyataan di sini. - UTUSAN ONLINE