Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu , lelaki yang berumur 40 tahun itu dikatakan kemudiannya turut menceroboh dan merosakkan barangan di dalam rumah yang tiada penghuni ketika itu .

 Ketua Polis Daerah, Superintenden Ahmad Zailani Yaakub ketika dihubungi memberitahu, semasa pihak polis tiba, lelaki tersebut masih berada di situ.

 “Selepas memperkenalkan diri, dia bertindak menyerang anggota polis dan berlaku sedikit pergelutan sebelum berjaya ditahan.

 “Mungkin berang tidak menemui lokasi sepatutnya, suspek yang berada di bawah pengaruh dadah mengamuk di rumah mangsa.

 Tambah beliau, hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek turut menjumpai beberapa helaian daun kering yang disyaki ganja di dalam genggamannya,  dan suspek disahkan positif dadah serta mempunyai satu rekod jenayah lampau berkait dadah.

 Sementara itu menantu pemilik kediaman terbabit,  Khairul Anuar Ghazali, 31, berkata,  ketika kejadian dia bersama isteri,  ibu mentua dan ahli keluarga lain menghadiri kenduri di Kemaman. 

“Kami sekeluarga tidak mengenali suspek.  saya sangat terkejut apabila suspek bertindak demikian turut merosakkan lori saya serta kereta milik biras, “katanya. -UTUSAN ONLINE