Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mangsa yang cedera di tangan kanan, tangan kiri dan paha kiri itu pada pukul 2.30 pagi.

“Sepasukan polis kemudian pergi ke lokasi kejadian dan melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah dipercayai ditetak dengan senjata tajam. Mangsa masih bernafas namun lemah kerana kehilangan banyak darah.

“Motosikal mangsa ditemukan di hujung terowong arah berbeza dan dipercayai mula diserang di situ berikutan titisan darah mangsa yang terdapat di sepanjang laluan terowong,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zani, mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. - UTUSAN ONLINE