Dalam kejadian di sebuah kedai makan di Jalan Berangan, di sini Isnin lalu, bapa mangsa berusia 54 tahun, teman wanitanya lingkungan 20-an dan bayi kepada wanita itu berumur setahun turut cedera akibat pertelingkahan terbabit.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, keempat-empat mangsa terbabit dipercayai diserang sekumpulan enam lelaki dan seorang wanita ketika menjamu selera di kedai makan tersebut.

"Siasatan awal mendapati, kejadian itu dipercayai berpunca akibat tidak puas hati terhadap mangsa kerana mempunyai hubungan sulit dengan teman wanitanya yang sedang dalam proses bercerai.

"Suspek-suspek terbabit difahamkan turut membawa lari mangsa, wanita tersebut dan bayi berkenaan ke lokasi tidak diketahui sebelum polis mendapati mangsa-mangsa terbabit berada di hospital kecuali bapa mangsa," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Tambah Mohamad, kesemua suspek berusia 16 hingga 53 tahun tersebut sudah berjaya ditahan polis dan kini direman selama seminggu bermula hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - UTUSAN ONLINE