Dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, mangsa mengalami kecederaan pada badan dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk men­­dapatkan rawatan lan­jut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kedua-dua suspek yang berusia 40 dan 26 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sekitar Seri Kembangan, Selangor.

“Punca pergaduhan di­sebabkan rasa tidak puas hati me­ngenai hak penjagaan anak yang melibatkan mangsa serta bekas isterinya.

“Bagaimanapun, ketika kejadian, bekas abang iparnya serta beberapa individu lain yang berada di tempat kejadian telah masuk campur dalam pergaduhan itu serta mencederakan mangsa menggunakan objek berbahaya termasuk kerusi dan meja,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

Tambah Mazlan, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera menggunakan objek berbahaya.