Suspek yang memakai topi keledar penuh bertindak memecahkan cermin pameran menggunakan tukul sebelum melarikan diri menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Kejadian itu berjaya dirakamkan beberapa pengunjung pasar yang terletak bersebelahan kedai itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - UTUSAN ONLINE