Kejadian berlaku pukul 10.55 malam ketika mangsa, Myint Naing, 37, dan suspek serta rakan-rakan mereka yang bekerja di kebun sayur berdekatan sedang berada di dalam rumah tersebut.

Tiba-tiba berlaku pertengkaran antara suspek dan si mati yang disyaki berpunca disebabkan mangsa berkeras enggan berpindah ke rumah lain seperti diarahkan majikan.

Berikutan itu, suspek mengambil pisau dan menikam leher mangsa dan mengamuk mengakibatkan rakan-rakan mereka yang lain melarikan diri.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar untuk dibedah siasat.

Ketua Polis daerah, Superintenden Nanda Ma’arof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berikutan itu juga, polis ingin mengesan seorang lelaki warga Myanmar, Phyo Zaw, 23, untuk membantu siasatan kes berkenaan. - UTUSAN ONLINE