Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi menyebabkan mangsa, Roslli Zulkharnain Kamaruddin, 30, meninggal dunia di Hospital Slim River.

Manakala suspek yang berusia 47 tahun parah dan tidak sedarkan diri akibat cedera di bahagian belakang kepala.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.36 pagi mengenai dua lelaki yang ditikam dan ditetak di rumah berkenaan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati pergaduhan itu disebabkan masalah keluarga.

"Polis turut menahan dua beradik kepada mangsa iaitu seorang wanita berusia 35 tahun dan seorang lelaki berumur 38 tahun untuk membantu siasatan.

"Polis juga telah merampas dua telefon bimbit dan sebilah pisau," katanya di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE