Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam itu, mangsa Abdul Razi Bahadum, 56, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan akibat ditikam berkali-kali di badan.

Menurut sumber, mangsa sebelum ini dikatakan pernah bertengkar dengan suspek yang berusia lingkungan 30-an kerana dikatakan sering menganggu anak perempuannya.

Sebelum kejadian mangsa yang bekerja sebagai buruh kasar itu dikatakan baru pulang dari tempat kerja tetapi secara tiba-tiba suspek yang disyaki mempunyai masalah mental datang menyerang dan menikam badan lelaki terbabit.

"Kami tidak mengetahui punca sebenar mangsa ditikam kerana sebelum ini hubungan antara suspek dan mangsa dalam keadaan baik.

"Lagipun, mereka berdua mempunyai talian persaudaraan dekat," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 di sini.

Sementara itu katanya, suspek berkenaan telah ditangkap oleh polis di kampung itu. - UTUSAN ONLINE