Dalam kejadian pukul 5.45 petang, mangsa dikatakan sedang berdiri di hentian bas berdekatan sekolah tersebut sebelum ditembak oleh seorang daripada dua suspek yang menaiki sebuah motosikal.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian berada dalam keadaan tertiarap dengan memakai baju T berwarna putih dan berseluar jeans.

Buat masa ini polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan sidang akhbar dijangka diadakan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Mohd. Rusdi Daud. - UTUSAN ONLINE