Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, Saleh Kambi, 51, mengalami kecederaan parah akibat dipukul dengan kayu api di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa bersama suspek berusia 28 tahun dan seorang lagi rakan mereka berkumpul di sebuah rumah untuk minum minuman keras pada kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, tidak lama kemudian berlaku pertengkaran antara mangsa dengan suspek sehinga mereka tolak menolak dan mencekik leher sehingga ke luar rumah.

"Suspek mengambil sebatang kayu api dari unggun api dan memukul kepala mangsa. Mangsa maut di tempat kejadian," katanya di sini hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, kejadian dipercayai berlaku akibat ejek-mengejek antara mangsa dan suspek ketika mereka berada dalam keadaan mabuk. - UTUSAN ONLINE