Mayat lelaki berusia 30 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 7.18 pagi oleh pekerja hotel berkenaan ketika melakukan kerja-kerja mengemas bilik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dua lelaki turut ditahan selepas bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa mengesahkan punca kematiannya adalah disebabkan jerutan pada leher.

"Pagi semalam, pihak polis menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan tentang seorang lelaki maut dalam bilik hotel berkenaan.

"Siasatan mendapati tempat kejadian adalah di tingkat satu hotel yang mana bilik itu disewa seorang lelaki berusia 49 tahun. Lelaki itu turut menyewa sebuah bilik lain," katanya ketika dihubungi, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE