Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek pernah dirawat di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan dan mempunyai rekod sakit mental.

Menurutnya, bukan itu sahaja suspek yang berusia 30 tahun itu masih bergantung pada ubat-ubatan.

"Malah, barangan yang ada dalam beg sandang milik suspek bukan bahan untuk membuat letupan.

"Suspek direman selama empat hari bermula semalam dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan," katanya selepas menziarahi bapa tunggal yang menjaga tiga anak Orang Kurang Upaya (OKU) di Kok Keli, di sini hari ini, untuk menyampaikan sumbangan wang dan keperluan dapur kepada keluarga terbabit.

Sumbangan wang tunai adalah hasil derma pengawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat. - UTUSAN ONLINE