Hakim Azman Abu Hassan turut memerintahkan Khairul Amri Ulul Azmi, 33, untuk menjalani hukuman tersebut bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 2 April lalu.

Mengikut pertuduhan, lelaki orang kurang upaya (OKU) itu didakwa melakukan pecah rumah dengan niat mencuri barang iaitu wang tunai berjumlah RM520, tabung mengandungi wang syiling dan kertas bercampur, seutas jam tangan jenis Casio, tiga utas rantai leher emas, tiga bentuk cincin emas dan sebuah telefon bimbit yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM10,000.

Lelaki yang merupakan penganggur itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kampung Telok Manis, Layang-Layang Kiri di Parit antara pukul 12 tengah malam sehingga 3 pagi pada 24 Mac lalu.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga dikenakan denda dan jika kesalahan mencuri, boleh dipenjara sehingga 14 tahun manakala bagi kesalahan kedua dan berturut-turut, boleh juga dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqah Izzati Mazlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE