Mangsa Ralf Der, 56, dipercayai datang ke Malaysia atas urusan kerja dan mendaftar masuk ke hotel itu pada 24 Februari lalu sebelum kali terakhir dilihat oleh rakannya pada pukul 4 petang Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada pukul 8.20 pagi ini berkaitan penemuan mayat itu.

“Mangsa datang ke negara ini atas urusan kerja dan menginap di hotel ini sejak 24 Februari lalu.

“Kematian disifatkan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke HSJ untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita pagi ini. - UTUSAN ONLINE