Majistret Siti Hafiza Jaafar memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh, Shahirul Syafiq [email protected], 31, itu berjalan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 30 Mac lalu.

Antara yang digunakan tertuduh termasuklah Sijil Watikah Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat oleh kerajaan Persekutuan bagi Pihak Yang Dipertuan Agong yang palsu, cop Jabatan Perdana Menteri palsu serta mengaku sebagai setiausaha sulit kepada Perdana Menteri dengan gelaran ‘Datuk Seri’

Terdahulu, Shahirul Syafiq yang memakai baju lokap hijau mengaku bersalah sebaik tuduhan tersebut dibacakan pertama kali terhadapnya

pada kira-kira pukul 11.30 pagi.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa telah memiliki dan menggunakan alat-alat tersebut bagi kegunaan sendiri pada kira-kira pukul 11.45pagi, 30 Mac lalu di rumahnya di Jalan Sultan Azlan Shah di sini.

Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras mengemukakan tuduhan terhadap Shahirul Syafiq mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - UTUSAN ONLINE