Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa yang berusia 39 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk penumpang hadapan kereta tersebut.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia antara dua hingga empat hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang telah berbau dan mula bengkak.

“Sehingga kini, siasatan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kematian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE