Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 2.43 petang dan setibanya di lokasi mendapati mangsa terkunci dalam kereta jenis Hyundai dengan nombor pendaftaran WUW 613.

“Pihak bomba bertindak memecahkan cermin kereta menggunakan peralatan menyelamat. Mangsa yang tidak mempunyai pengenalan diri disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE