Ketua Polis daerah, Deputi Superitenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa yang kini berusia 25 tahun membuat laporan di Balai Polis Lawas di sini semalam, setelah tidak tahan menjadi puas nafsu bapa kandung sendiri.

Katanya, susulan laporan itu, polis telah menahan suspek berusia 47 tahun untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada malam tadi.

“Mangsa mendakwa telah dirogol oleh suspek sejak berusia 15 tahun dan kali perbuatan terkutuk itu berlaku ialah kira-kira pukul 10 pagi, 1 Februari lalu di sebuah pondok di kebun getah milik keluarganya,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Beliau berkata, polis akan memohon mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di mahkamah pada pagi ini. - UTUSAN ONLINE