Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ng Ah Lek, suspek ditangkap orang awam yang berada di sekitar kedai makan berkenaan.

Katanya, jeritan mangsa meminta tolong selepas menyedari dompetnya dicuri telah mendapat perhatian orang awam lalu bertindak menahan suspek yang cuba melarikan diri.

“Suspek berusia 29 tahun kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 53 tahun juga telah membuat laporan polis.

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE