Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, lelaki tersebut yang berusia 41 tahun turut memiliki 10 rekod jenayah lampau termasuk enam kesalahan melibatkan dadah.

“Dalam serbuan itu, polis menemukan paket lutsinar disyaki berisi heroin dan empat biji pil dipercayai dadah jenis Eramin 5.

“Pemeriksaan di luar rumah pula menemukan sepucuk senjata berbentuk Revolver bertulisan ‘WI’ yang dibungkus dengan sehelai stokin dan bertulisan disorokkan di bawah pokok berhadapan rumah suspek,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Abdul Wahib berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE