Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, lelaki itu berjaya ditahan dan kini direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi.

Siasatan awal katanya, mendapati suspek tidak berpuas hati apabila permohonannya untuk meminta bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ditolak.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kes itu termasuk identiti dan usia suspek kerana siasatan masih dijalankan.

Sementara itu, pegawai Salahuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berlaku ketika Salahuddin tiada di pejabatnya di Muar.

Salahuddin adalah Ahli Parlimen Pulai yang terletak di Johor Bahru dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram di Muar. - UTUSAN ONLINE