KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof

Suspek lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada pukul 12.30 tengah hari di sekitar Kajang, Selangor bagi membantu siasatan berkaitan beberapa kes penipuan sebelum ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, dalam kejadian terbaharu, suspek memperdaya seorang juruteknik berkaitan penjualan telefon pintar iPhone 6S bernilai RM1,670 di laman sosial Facebook miliknya beberapa bulan lalu.

“Siasatan awal mendapati suspek menggunakan Facebook bagi mencari mangsa untuk membeli telefon pintar yang tidak wujud termasuk mangsa berusia 29 tahun terperdaya dengan membuat transaksi kewangan di sebuah bank.

“Suspek menghilangkan diri selepas menerima wang menyebabkan mangsa membuat laporan polis. Bertindak atas maklumat perbankan tersebut, suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini ini. - UTUSAN ONLINE