Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah kawasan di Johor Bahru kira-kira pukul 3.40 pagi tadi oleh sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Satu laporan polis telah dibuat pada Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Selepas kita menerima laporan berkaitan video yang tular dilaman sosial berkaitan seorang lelaki menghina agama Islam, kita berjaya menahan lelaki berkenaan di sebuah kawasan di Johor Bahru pagi tadi,” katanya.

Tambahnya, lelaki itu ditahan reman sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan keresahan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan. - UTUSAN ONLINE