Tangkapan itu dilakukan sepasukan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang turut serta dalam operasi yang bermula pukul 8.30 malam dan berakhir tiga jam kemudian itu.

Pengarah JPJ negeri Mohamat Johari Mat Nor berkata, turut ditahan adalah lima lelaki yang positif dadah jenis Amphetamine melalui ujian air kencing yang dijalankan pihak AADK.

“Sebanyak lapan agensi terlibat dalam operasi ini yang memberi fokus kepada penunggang motosikal serta pengangkutan awam dan perdagangan.

“Pada malam ini sebanyak 380 kenderaan diperiksa dan 65 daripadanya telah diambil tindakan dengan 102 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut yang disertai 125 anggota dan pegawai.

Tambahnya JPJ turut menyita dua buah lori membawa sayur dari negara jiran kerana pemandunya tidak memiliki lesen memandu negara ini. - UTUSAN ONLINE