Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 6.37 petang itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Janggus di sini, polis turut menemukan 12 paket lutsinar disyaki berisi dadah jenis heroin.

Katanya, nilai keseluruhan dadah jenis heroin yang dirampas berjumlah RM13,277 seberat 553 gram.

“ Lelaki berkenaan yang berusia 21 tahun turut positif dadah jenis Methamphetamine selepas ujian air kencing dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE