Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, operasi dilakukan pada pukul 8.20 malam.

“Polis menemukan enam bungkusan plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 1.476 kilogram.

“Jumlah dadah tersebut boleh dibekalkan kepada 2,950 orang penagih,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Adnan, polis turut menyita wang tunai berjumlah RM204.

Jelas beliau, suspek ditahan reman bermula 2 September lalu hingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE