Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, suspek yang berusia 56 tahun berang selepas ditegur abangnya kerana membuat bising di dalam rumah mereka yang turut dihuni ayah mereka yang sakit.

Katanya, suspek pada mulanya menyerang abangnya dengan sebilah pisau pemotong sayur namun mangsa mempertahankan diri menggunakan kerusi.

"Suspek yang tidak bekerja kemudian berlari ke arah bangsal di tepi rumah mereka dan mengambil senapang angin buatan sendiri dan mengacukan kepada abangnya, " katanya.

Noorzainy berkata, mangsa yang ketakutan melarikan diri dan membuat laporan polis.

Ujarnya, tangkapan terhadap suspek dilakukan di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE