Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah pada pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan dibuat selepas polis mendapat maklumat mengenai suspek yang menjual air daun ketum di kedai kopi yang terletak bersebelahan rumahnya.

"Dalam serbuan itu sebanyak 21 botol plastik masing-masing berisi 1.5 liter air daun ketum dirampas. Setiap botol dijual dengan harga RM15.

"Siasatan mendapati, suspek memproses sendiri air daun ketum dan menjualnya berkenaan di kawasan berhampiran," katanya. - UTUSAN ONLINE