Perintah reman yang bermula hari ini hingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, N. Mageswari dalam prosiding di sini pagi ini.

Terdahulu, lelaki tersebut dibawa ke mahkamah pada pukul 10.35 pagi oleh pihak polis bagi membolehkan permohonan reman tambahan dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 14 Mac sehingga hari ini.

Pada 13 Mac lalu, seorang wanita, Hamidah Abdul Rahman,53, ditemukan mati dengan beberapa kesan tikaman di atas katil bilik tidur utama di sebuah rumah di Taman Dato’ Lew Yap Sip di sini. - UTUSAN ONLINE