Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Beh Eng Lai berkata, suspek ditahan di kawasan berhampiran pada pukul 2 petang, semalam.

“Ujian air kencing yang dilakukan mendapati suspek positif penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine.

“Suspek juga memiliki enam rekod jenayah lampau, masing-masing tiga melibatkan penyalahgunaan dadah dan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Eng Lai memberitahu, suspek juga mempunyai rekod rawatan di Hospital Permai, di sini. - UTUSAN ONLINE