Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 22 tahun sebelum menghantarnya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan.

Menurutnya, pihak polis akan menjalankan koordinasi dengan pihak AADK untuk menahan suspek selepas tempoh tahanan remannya atas kesalahan dadah selesai.

"Mangsa dihantar untuk menjalani pemeriksaan di HSJ dan polis telah mengarahkan agar suspek diasingkan daripada tahanan lain di sel.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE