Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan turut memerintahkan Leong Kean Beun, 32, yang merupakan seorang ejen insurans dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, lelaki yang memandu kereta jenis Lexus itu telah mengganggu perjalanan konvoi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dengan cara beberapa kali memperlahankan kenderaannya di hadapan konvoi tersebut.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 351, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan pada pukul 5.20 petang, 25 Oktober lalu.

Dakwaan kerana mengganggu tugas penjawat awam itu dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Farahiyah Nadzri manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Amani Williams Hunt Abdullah.

Tertuduh membayar denda tersebut. - UTUSAN ONLINE